.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Wednesday 14 April 2010

Monday 12 April 2010

Pengenalan Cloth Diapers (CD)


Cloth Diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit.

Ia sesuai untuk digunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan lebih (bergantung pada saiz bayi,3kg-13kg) & boleh di cuci .

Bahagian luar cloth diaper dilapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor . Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda masukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan.

Setiap helai cloth diaper dibekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari microfiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal. Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.

Sunday 11 April 2010

Happy Minky Cloth Diapers


Sekarang Q Babyworld menawarkan harga promosi untuk anda!!Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki CD yang terkini untuk anak anda..

Terdapat 13 corak yang menarik dan ceria... Boleh dibeli secara pakej ataupun berasingan.. Harga yang berpatutan dan menguntungkan untuk jangka masa panjang!!! Anda pasti berpuas ati dan anak anda akan lebih sihat dan bertambah comel dengan CD yang menarik ini..sila dapatkan segera sementara stok masih ada!!Boleh email ataupun call saya untuk membuat tempahan..



Sekeping CD = RM 46
Pakej 4 kpg CD = RM 180
Pakej 7 kpg CD = RM 310

Happy Minky Cloth Diapers (CD) Design

Promosi Hebat Tahun Ini!!Dapatkan segera CD pilihan anda sementara stok masih ada!!









Saturday 10 April 2010

Striking Colours Plain CD


Terdapat 7 warna yang menarik untuk plain CD iaitu MERAH, PURPLE, HIJAU, OREN, BIRU, KUNING, PINK..


(Saiz boleh diubah mengikut S, M, L)




HARGA PROMOSI!!!



1 kpg CD = RM 42
Pakej ( 7 kpg CD) = RM 285






Contoh saiz yang boleh diubah-ubah



(Saiz S)




(Saiz M)




(Saiz L)
















Friday 9 April 2010

Babyland Printed CD

Swirly Black




Swirly Pink

Spongebob



Monkey



1 kpg Printed CD = RM 44


Thursday 8 April 2010

Insert CD



Bahagian Dalam CD







Insert







Insert ini perlu dimasukkan ke dalam poket yang terdapat di bahagian dalam CD..ianya berfungsi sebagai medium penyerapan yang menjadikan bahagian dalam CD sentiase kering kepada kulit anak anda..TIDAK BOLEH DILETAKKAN DI LUAR BAHAGIAN DALAM CD yang kena pd kulit anak, ini kerana kuasa penyerapannya sangat kuat...insert ini juga boleh dibasuh seperti CD..




















Wednesday 7 April 2010

Kebaikan Cloth Diapers (CD)





A)Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar- Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitudioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.


B)Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian lampin pakai buang yang terlalu lama.


C) Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.


D)Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah).
Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.


E)Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.

Tuesday 6 April 2010

Keburukan Lampin Pakai Buang (Disposable Diapers)

1. Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA.



2. Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.



3. Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.



4. Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah).



5. Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.



6. Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok utk menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.# Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.# Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.# Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.# Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.# Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.



7. Meningkatkan kes ruam lampin di kalangan bayi.Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang.Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Adalah berbahaya membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam krn menyebabkan bakteria bertindak balas dengan ammonia dalam air kencing dan menyebabkan ruam lampin.Kesimpulannya, lampin pakai buang membawa keburukan kepada alam sekitar dan kesihatan bayi... dgn impak yg sgt besar!!

Monday 5 April 2010

Penjimatan Memakai Cloth Diapers (CD)

Sangat-sangat jimat berbanding anda menggunakan lampin pakai buang/ disposable diapers/ DD/ dispo/ 'pampers'/ sposies... Betul, tak caya?Cuba anda kira sendiri berapa peruntukan anda sebulan utk DD anak anda?? Anda tentu lebih bijak dlm kira2 kewangan keluarga anda...

Di sini saya sertakan pengiraan penggunaan DD dan perbezaannya dengan CD untuk memudahkan anda melihat perbezaannya:

Biasanya sekeping DD berharga minima RM 0.65..Sehari paling minima baby pakai DD sebanyak 5 keping..so, sebulan dah 150 keping..

So, RM 0.65 x 150 = RM 97.50 (sebulan)

Kalo setahun = RM 97.50 x 12 = RM 1170..ni baru setahun..biasanya kita pkikan anak kita DD minima 3 tahun..so, kalo 3 tahun = RM 3510..

Untuk CD pulak, kalo 1 set (7 keping) baru RM 336 (pakej)..kalo beli 20 keping = RM 840.. tu bleh pakai utk 3 thn..nmpk kan perbezaan yang ketara?? mmg amat2 menjimatkan!!!!


Jika dibandingkan dgn lampin pakai buang mmg penggunaan CD jauh lebih jimat... Cuma pada awal2 sahaja anda berasa sesak nafas utk beli 10-20 CDs sekali gus. Seperti yg saya katakan, anda boleh beli sikit2, cthnya 3 CD setiap bulan dan beralihlah kepada CD secara perlahan-lahan. Kalau anda beli 3 CD setiap bulan, 5 bln dah ada 15...Sesungguhnya, sistem lampin paling murah dari dulu sampai skg adalah lampin konvensional yg flat (4 segi) tu yg perlu dipakai dgn diaper cover/ plastik ikat...

Sekarang kita amat bertuah kerana kita dah ada pilihan yg lebih baik, satu inovasi dlm sistem perlampinan yg lebih praktikal dgn gaya hidup masa kini... Jadi, tiada alasan utk kita tidak mahu mencuba sesuatu yg jauh lebih baik drpd lampin pakai buang!!!

Satu hal lagi, jika anda bandingkan penggunaan CD dgn lampin pakai buang paling murah di pasaran pun sudah tentu penggunaan CD lebih menjimatkan. Mengikut pengalaman saya, jika DD yg murah = kurang menyerap basahan (kencing sekali dah basah) = kena selalu tukar.

Jika anda katakan penggunaan CD perlu guna banyak air utk basuh dan elektrik (mesin basuh)... pada saya itu semua tidaklah terlalu banyak nak dibandingkan dgn duit yg dibuang begitu sahaja utk beli lampin pakai buang.Penggunaan air dan elektrik adalah lebih jimat (lebih berbaloi) jika kita basuh 2-3 hari sekali (maknanya hanya guna mesin basuh 10-15 kali sahaja sebulan). Sabun basuh pun pakai sikit saja utk basuh CD...

Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa sistem lampin kain moden (cloth diapers) adalah paling menjimatkan!! Jadilah pengguna bijak, bertukarlah ke cloth diapers sekarang.... Saya sudah, anda bila lagi??

Nota: Mungkin bagi sesetengah orang wang bukan masalah (utk beli DD paling mahal berpek-pek setiap bulan), tetapi fikirkanlah juga kesihatan bayi kita dan alam sekitar... Lagipun berjimat-cermat itu kan amalan yg mulia?!!

Sunday 4 April 2010

Jadual Pemakaian CD

Jadual ini sekadar contoh dan panduan untuk memakaikan CD kepada anak anda..Ia bergantung kepada tahap kebasahan CD..sekiranya anak anak kerap kencing dengan banyak, maka CD harus ditukar dengan kerap..

7.00 pg - 10.00pg ( 1 CD 1 Insert)

10.00pg - 1.00 t/hari (1 CD 1 Insert)

1.00 t/hari - 4.00ptg (1 CD 1 Insert)

4.00ptg - 7.00mlm (1 CD 1 Insert)

7.00mlm - 10.00mlm (1 CD 1 Insert)

10.00mlm - 1.00pg (1 CD 1 Insert)

1.00pg - 7.00pg (1 CD 2 Insert)


Purata penggunaan CD sehari adalah sebanyak 7 CD & 8 Insert