.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Monday 5 April 2010

Penjimatan Memakai Cloth Diapers (CD)

Sangat-sangat jimat berbanding anda menggunakan lampin pakai buang/ disposable diapers/ DD/ dispo/ 'pampers'/ sposies... Betul, tak caya?Cuba anda kira sendiri berapa peruntukan anda sebulan utk DD anak anda?? Anda tentu lebih bijak dlm kira2 kewangan keluarga anda...

Di sini saya sertakan pengiraan penggunaan DD dan perbezaannya dengan CD untuk memudahkan anda melihat perbezaannya:

Biasanya sekeping DD berharga minima RM 0.65..Sehari paling minima baby pakai DD sebanyak 5 keping..so, sebulan dah 150 keping..

So, RM 0.65 x 150 = RM 97.50 (sebulan)

Kalo setahun = RM 97.50 x 12 = RM 1170..ni baru setahun..biasanya kita pkikan anak kita DD minima 3 tahun..so, kalo 3 tahun = RM 3510..

Untuk CD pulak, kalo 1 set (7 keping) baru RM 336 (pakej)..kalo beli 20 keping = RM 840.. tu bleh pakai utk 3 thn..nmpk kan perbezaan yang ketara?? mmg amat2 menjimatkan!!!!


Jika dibandingkan dgn lampin pakai buang mmg penggunaan CD jauh lebih jimat... Cuma pada awal2 sahaja anda berasa sesak nafas utk beli 10-20 CDs sekali gus. Seperti yg saya katakan, anda boleh beli sikit2, cthnya 3 CD setiap bulan dan beralihlah kepada CD secara perlahan-lahan. Kalau anda beli 3 CD setiap bulan, 5 bln dah ada 15...Sesungguhnya, sistem lampin paling murah dari dulu sampai skg adalah lampin konvensional yg flat (4 segi) tu yg perlu dipakai dgn diaper cover/ plastik ikat...

Sekarang kita amat bertuah kerana kita dah ada pilihan yg lebih baik, satu inovasi dlm sistem perlampinan yg lebih praktikal dgn gaya hidup masa kini... Jadi, tiada alasan utk kita tidak mahu mencuba sesuatu yg jauh lebih baik drpd lampin pakai buang!!!

Satu hal lagi, jika anda bandingkan penggunaan CD dgn lampin pakai buang paling murah di pasaran pun sudah tentu penggunaan CD lebih menjimatkan. Mengikut pengalaman saya, jika DD yg murah = kurang menyerap basahan (kencing sekali dah basah) = kena selalu tukar.

Jika anda katakan penggunaan CD perlu guna banyak air utk basuh dan elektrik (mesin basuh)... pada saya itu semua tidaklah terlalu banyak nak dibandingkan dgn duit yg dibuang begitu sahaja utk beli lampin pakai buang.Penggunaan air dan elektrik adalah lebih jimat (lebih berbaloi) jika kita basuh 2-3 hari sekali (maknanya hanya guna mesin basuh 10-15 kali sahaja sebulan). Sabun basuh pun pakai sikit saja utk basuh CD...

Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa sistem lampin kain moden (cloth diapers) adalah paling menjimatkan!! Jadilah pengguna bijak, bertukarlah ke cloth diapers sekarang.... Saya sudah, anda bila lagi??

Nota: Mungkin bagi sesetengah orang wang bukan masalah (utk beli DD paling mahal berpek-pek setiap bulan), tetapi fikirkanlah juga kesihatan bayi kita dan alam sekitar... Lagipun berjimat-cermat itu kan amalan yg mulia?!!

0 comments: